Thursday 15 February 2018

Pembersih muka semulajadi

Assalamualaikum. Sihat semua? Kak cah ok je. Alhamdulillah. Nak tanya la. Korang suka minum teh hijau? Hari tu Kak Cah pegi Cameron Highland. Ada beli sebungkus daun teh hijau. Banyak khasiat tau daun teh hijau ni. Sifatnya yang antioksidan sangat baik untuk kesihatan kita secara amnya.


Green tea ni boleh membantu dalam proses pembuangan toksin serta bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan kita. Tapi seeloknye, minum lah tanpa gula ye. Baru dapat khasiat semaksimum yang boleh. Kita makan dan minum kan untuk dapatkan khasiat daripada mereka kan? Barulah badan sihat dan cergas. Orang yang mudah berjerawat dan kulit berminyak sangat sesuai untuk amalkan. Green tea ni boleh mengurangkan penghasilan sebum atau minyak di kulit kita. Best kan?


Lagi satu. Green tea ni kan sangat bagus untuk dijadikan pembersih muka sementara kita nak bertukar ke skincare yang lain. Bila korang rasa nak bertukar skincare yang lain. Jangan terus pakai skincare yang baru tau. Seeloknye, korang restkan dulu kulit dalam tempoh seminggu. Maksudnya jangan tepek apa-apa pon kat muka tu. Biar pori muka tu bersih dari sisa-sisa skincare yang lama.

Bukan apa. Takut skincare yang lama dan yang baru tak sesuai bila bertemu kat kulit. Sebab tu la kena rehatkan kulit. So salah satu cara terbaik untuk bersihkan pori muka dari skincare lama adalah dengan mencuci muka dengan green tea.


Caranya senang je. Korang amik seuncang teh hijau dan rendam dalam air panas. Lepas tu. Bila dah sejuk. Amik hampas teh tu dan gosok kat muka perlahan-lahan. Dah gosok. Boleh bilas dengan air bersih. Jangan buang pulak air rendaman teh hijau tu. Amik pulak kapas muka rendam dalam air rendaman teh hijau dan dap dap kan ke muka. Haa yang ni kita jadikan dia sebagai toner. Sapa-sapa yang suka bermasker pulak. Boleh campurkan hampas teh hijau tu dengan 1/2 sudu kecil madu dan lemon sedikit. Gaul-gaul dan boleh sapu ke muka.

Best kan? Satu benda boleh dibuat macam-macam. Ok sampai sini je entry kali ni. InsyaAllah Kak Cah akan kongsikan lebih banyak lagi perkara yang boleh memberi manfaat pada korang.


Salam sayang dari Kak Cah,

Mary Jardin Melaka ⎹  Seremban




Tuesday 6 December 2016

Salam perkenalan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Salam perkenalan semua. Kak cah blogger baru dalam dunia blogging ni. Disebabkan kak cah ni suka membebel. Hihih. Eloklah kiranya kak cah membebel kat blog ni kan. At least kalau takde orang nak dengar. Ada jugak orang nak baca. Hahahah. Sama-sama kita memberi manfaat antara satu sama lain. InsyaAllah.

Banyak nye nak share dengan korang kan. First thing. Nak introduce kan diri. Kak cah ni seorang mama kepada 2 orang super saiya yang comel lagi hensem. Hihih. Isteri kepada seorang jejaka tampan yang bertanggungjawab. Amin.

Kak Cah ni biasa-biasa je. Tapi ada misi luar biasa yang nak dicapai. Iaitu untuk menjadi seseorang yang dapat memberi manfaat kepada orang-orang di luar sana especially pembaca blog ni. InsyaAllah. Amin. Doakan kak cah berjaya ok.

Salam sayang dari Kak Cah,

Mary Jardin Melaka ⎹  Seremban